Assalamualaikum..
Bibir yang sentiasa mengukir senyuman kadangkala kau tak tau apa yang hati aku rasakan .
Gelak tawa yang sering kau dengar kadangkala tak membawa makna yang aku sedang gembira .
Cara yang berkesan untuk menghilangkan kerisauan hati , kegusaran jiwa adalah mungkin dengan berpura pura hidup dalam keadaan yang bahagia . Lemparkan senyuman , sembunyikan penderitaan . Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini . Setiap yang hidup pasti akan melakukan kesalahan , kesilapan .
Mulut kau manis berbicara , melontarkan kata .
Tapi hati kau masih tak dapat menerima .
Dia yang dulu masih wujud dalam hati .
Bermain di fikiran , perasaan dan kekal dalam kenangan .
Sukar untuk melupakan meskipun hadirnya pengganti tanpa diundang .
Mulut sering menafikan kenyataan yang kau sendiri
tak dapat nak lupuskan .
Kehidupan aku mudah .
Tiada syarat syarat yang aku tetapkan .
Tiada perkara yang perlu kau lakukan secara paksaan .
Sebab aku sendiri tak pernah letak sebarang syarat pd diri aku .
Sebab aku sendiri tak pernah letak sebarang syarat pd diri aku .
Tetapi tak bermakna aku hidup di dalam kebebasan .
Aku hanya insan biasa yang masih belajar tentang hidup dan
sering mencari di mana kesalahan dan kesilapan yg aku lakukan .
Aku hanya insan biasa yang masih belajar tentang hidup dan
sering mencari di mana kesalahan dan kesilapan yg aku lakukan .
Ada satu pesan yang ingin aku pinta ,
Jika kau tak mampu untuk terus ikhlas menyayangi .
Jangan kau teruskan bersandiwara .
Sebab bila ia dah sebati dalam hati ,
lalu tiba tiba kau berubah hala ,
tak dapat aku bayangkan .
tak dapat aku gambarkan .
tak dapat aku gambarkan .
ia terlalu sakit untuk dilalui .
Mohon agar kau mengerti .
Aku hanya mampu berdoa dan berharap .
Andai telah tercipta dan ditakdirkan untuk bersama .
Syukur yang tak henti henti diucapkan .
Tapi andainya telah ditakdirkan tiada jodoh ,
terima dan redha dengan kehendakNya .
Pengunduran diri dari hidup kau
adalah jalan yang terbaik untuk semua .
Yakin bahawa kelak akan berjumpa dengan yang lebih baik .
InsyaAllah .
Sebab janji Allah itu pasti .
Sayang sekuat manapun kalau Allah dah tulis
bahawa bukan kau yang harus aku terima ,
maka aku tak boleh terus memaksa diri .
Semoga berbahagia yg dapat aku ucapkan .
Akhir sekali ...
tiada kata kata yang mampu aku luahkan lagii
selain dari hati yang sering memendam rasa dan
linangan air mata menjadi peneman setia :)
linangan air mata menjadi peneman setia :)
#Salam
No comments:
Post a Comment