Monday, 29 July 2013

18 Ramadhan

Assalamualaikumm..

Lama dah tak menaip entry . heyy warga blogger . i'm back !
Aku ade cite sikit untuk korang . meh bace mehh .

Hmm . sabtu lepas aku keluar dengan kengkawan lama , leela , tiqa , kema and my new pren hajar pegi bukak puase dekat luar . sekali sekala kann . hmm . nak dijadikan cerita , kitorang nii memang suke plan last minute . sebab biasanya plan last minute nii lah yang selalu menjadi . berbanding plan sebulan awal . haha . last minute punya plan , kitorang pegi steamboat ayer keroh . kengkonon murah la kan . sebab klu survey tempat lain , gila mahal kot . mungkin sebab tempat tu memang menjadi tumpuan orang ramai kot . k takpe la , ayer keroh pun ayer keroh la . janji dapat bukak puasa together gether dgn kengkawan lame nii . haha . bukan senang nak ajak lepak . lagi lagi bile memasing ade yang dah keje kan . hmm .

Kitorang sampai je time tu tak ramai lagi customer . lepas 10 minit . tudiaaaa . sampai tak cukup meja aku rasa . tapi nasib baik aku dah booking  awal . *ecehhh , kengkonon mcm dah selalu je booking2 tempat makan nii . hahaha . 5 minit lagi nak azan , "ok,awak klu nak ambek makanan, dah boleh dah ambek" . k , disebabkan 1st time dtg kt kedai steamboat . so tak tau . lepas tu eksen mcm tau je kan . nak cover segan , aku suruh budak budak lain pegi ambek dulu . kengkonon aku nie jagekan tempat duduk lah . nnt orang lain duduk pulak . haha . pandai tak aku -.-" . lepas diorang dah ambek , baru lah aku pulak terkedek kedek nak pegi ambek . heh . yang aku pulak jenis tak reti nak agak . sekali ambek . haaaa . memang penuh 1 mangkuk tuu . bile sampai dekat meja , penuh kot atas meja dengan makanan . tu ok lagi . sebab semua makanan nak masuk dalam tomyam tu masak kann . hmmm . lepas dah masuk semua . kosong la jugak atas meja . lega sikit . tunggu 5 - 10 minit . . .

berebut rebut nak ambek . mcm budak kecik lah pulak kann . haha . makan punya makan . sampai dah tak boleh masukk . masing masing punya perut dah full ! last last yang jadi mangsa , aku dengan leela . hmm . sedihh . ingat perut aku macam tong ke . gilaa ahh . serious aku paksa masuk semua makanan yang ade . haha . klu tengok muka pun boleh tau muke terpaksa . heh -.-' satu lagi disebabkan kat dinding kedai ade tampal "setiap 500gm makanan yang tidak habis , akan dikira" . pehhh . lagi tak boleh bla . haha -.-

lepass habis semua , cepat cepat bangun bayar dan keluar dari kedai . hmmm . serious full tank perut aku woii . rase nak keluar balik pun ader . sabau jelaa . haha . then lepas tu kitorang cari port untuk lepak lepak sekejap . klu keluar tak melepak , itu bukan kami lah kann . haha . disebabkan dekat tengah bandar tuu jalan jammed ! MBMB menjadi sasaran . kami duduk duduk , borak borak , gelak gelak . memang hilang tekanan kat kepala nii . hmm .

tibe tibe mate aku beralih kat sorang budak kecik nii . die tengah bertatih lagi nak bejalan tuu . sambil diperhatikan mak ayah die . comel je . yang aku pulak , sempat lg aku berangan time tuu . haha . kengkonon diorang tu aku lah kann . bawak anak keluar jenjalan . haha . sweet kan ? ekekeke . *tetiber interpremm . :D

nie haa , scroll sikit ke bawah . tengok ape ader  . penat ahh taip pepanjang . haha  . .








The End <3
Salam . kbaii 




No comments:

Post a Comment