Assalamualaikumm .
hey u guys , salam 1 mac . pagi jumaat yang ohsemm bila aku terjaga seawal 5 pagi tadi . hmmm . batuk yang bunyinye agak teruk then aku decide untuk berjaga sampai subuh . mementang kau cuti hari nie , kau nak eksenn kau bangun awal plakk . haha . gila kentang punye aku batuk malam tadi . memang kaw kaw aa . mana tidak , aku dah la sememangnye batuk kering , habis semalam sorang staff aku last day keja , so dia belanja cool blog . tak macam sedap pulak kan aku tengok air tuu . dah la time tu aku tak lunch lagi , perut pun dah krokk krokk dahh bebunyik . dia beli dua , satu untuk aku , satu lagi muz punya . aku tengok si muz nie bantai minum ikut suke hati die jee kt depan tuu . aku pun ape lagi , join la sekaki . haha .
baru sekali dua sedut , memang teruk dan dasyat gilaa gaye aku batukk . macam nak terkeluar balik semua isi perut . hahaha . oke berbalik pada entry aku kat atas , act aku nak story sikit kejadian malam tadi .
*flashback bermula*
dalam jam 12 lebih macam tuu , tak ingat . yang pasti dah lepas pukul 12 . aku tetiba terase macam nak view conversation conversation lama yang ada dalam inbox tuu . bila dah view , macam macam cerita la yang keluar . dan cerita cerita tu pulakk cerita yang berkaitan dengan hati dan perasaan . *patut la aku asek tweet jejiwang jee semalam . oke , nak dijadikan cerita malam tadi aku sorang jee yang belum tido mati . yang lain lain tuu dah menjelajah ke serata dunia dah agaknyaa . -.-'
aku pun sambil jejoget layan lah perasaan sekejap . bace conversation lama , teringat kisah tu , teringat kisah nie . *mase tu minah jiwang lagi . hahaha ~ then , ditambah pulak aku cocok earphone kat telinga dengar lagu rihanna
" shine bright like a diamond "
" shine bright like a diamond "
haa . lebih kurang macam tula bunyi rentak diaa . haha . lepas layan lagu tuu , bukak lagu ainan tasneem pulak , *cemane ek rentak dia . macam nie kot
"hanya kamu saja yang mampu membuat hidupku ceria , kamu sajaa . bla bla bla"
*seterusnya tak ingat*
bace lirik dah tau yang lagu tu romentik kan sebenarnyee . haaa . memang la romentik , siap bagi bagi sticker . balas balas guna sticker , tampal dalam loker bagai . kalau aku , campakkan aje satu diari . cukup untuk setahun kau nak tulis note . *memang lepas tu kompem tak kacau kacau lagi dahh . hahaha . lol =.='
tengah syok syok dengar , tetibe dengar ada bunyi something jatuh kt ats bumbung rumah . terus teringat kisah bunyi guli jatuh atas syiling rumah tuu . aku beranikan diri nak dengar sekali lagi . *cabut earphone* hmmm . sekali tetibe laju jee bunyi dia . hahaha . rupe rupenya hujann daaa . natang bende guli pulak nak jatuh tengah tengah malam . sape yang main guli atas bumbung tuu ? =.='
hmmm . oke , tu belum tiba masa lagi . aku sambung dengar lagu balik .
" shine bright like a diamond " " shine bright like a diamond " " shine bright like a diamond "
*ade la dalam 2 ke 3 kali aku ulang part nie*
mate pun mule layu , dah mengantuk . tapi tak nak tido . guruh kilat semua dah keluar . tapi aku rilek jee . wat lek wat peace kononnyee . sekaliii . . .
"pummmmmmmmmm" *mcm tula kot bunyi guruhh yg aku dengar mlm td .
peh bapak kuat . then boleh blackout pulak . dah la aku sorang jee tak tido lagi time tuu . memang gelap tak nampak ape laa kann . langit dah sah sah berarak mendung awan nan kelabu asap . ditambah blackout pulak kt rumah . memang telekung yang warne putih tuu teruss jadi warne hitamm laa . hahaha . mate aku pun mule la tak nampak ape . celik besa mane pun , tetap HITAM !
then tercetus la peringatan kepada hantu hantu sekaliann . haha , bcecepat aku melompat naik atas katil , amek bantal tekup mukaa . dengan selimut tah kemane mane aku letak , tak sempat nak capai . haha . gilaa takut kot . dah la aku memang takut gelap . ini kan pulak satu cahaya pun tak nampak . tawakal jelaa . terpikir jugak . buatnye time aku lompat atas katil tuu , aku peluk 'benda' lainn . grrrrrrrr . tapi tak terasa la pulak macam ade terpegang rambut ke ape , so takdelaa 'benda' tu kot *tak dapat aku bayangkan macam mana keadaan aku lompat masa tu , ada macam nak lompat masuk kolam renang kot . hahaha =.='
*5 minit belalu*
dah terang benderang balik dah bilik aku . adek dengan mak aku g bukak kann suis . haha , kussssssss semangat , nasib bahekk laa terang . klu tak . memang sesak nafas lah aku tido malam tadi . macam macam dah pk kt otak nihh . hahaha . adek aku nampak aku tak tido lagi , dia kemain sedap mengate akuu
"haa , tau kau takut . tau kau takut . tido lambat lambat lagi"
selalu dia tido lambat takpe pulakk . *oke , dia laki . pahammm . =.='
aku malas nk stalker stalker , terus tarik selimut tido . bagai nak gugur jantung nie tauu . tekezutt , jamm sekejap kepale otak aku . drpd jiwang , sawan terusss . hahaha . siot betuii .
oke , thats all yang aku nk cerita pengalaman ngeri 1 mac 2013 nihh . minah jiwang tak berapa nk jiwang dahh . haha . nak siap siap , pegi jenjalann . kbaii . Salam :)
No comments:
Post a Comment