Wednesday, 28 March 2012

Pelajar Jadi Traumaaa..

Assalamualaikum..


Sinar Harian
27 Mac 2012

Muadzam Shah - Gara-gara tidak mengunci pintu bilik asrama ketika sedang nyenyak tidur, seramai enam penuntut di sebuah pusat pengajian tinggi di Muadzam Shah terpaksa ‘berputih mata’ apabila kerugian lebih RM5,000.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, kejadian antara jam 4 hingga 6 pagi Jumaat lalu itu berlaku di dua bilik asrama berasingan ketika semua mangsa sedang lena tidur.

Menurutnya, suspek dipercayai melakukan kegiatan itu di sebuah bilik aras bawah dan sebuah lagi bilik di tingkat satu blok asrama sama setelah mendapati terdapat beberapa barangan berharga diletakkan di atas meja.

“Kecuaian mereka menutup pintu asrama membuka ruang kepada pencuri untuk masuk ke dalam bilik dengan lebih mudah hingga menyebabkan beberapa barangan berharga serta wang berjaya dikebas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian pada Majlis Sambutan Hari Polis ke-205 di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini.

Johari berkata, antara barangan berharga yang hilang dalam kejadian itu termasuklah dua komputer riba, lima telefon bimbit pelbagai jenama, modem jalur lebar dan RM150.

“Suspek dipercayai mengambil kesempatan masuk ke dalam bilik asrama ketika semua mangsa sedang nyenyak tidur pada awal pagi,” katanya.

Beliau berkata, polis masih memburu suspek untuk membantu siasatan dan tidak menolak kemungkinan ia dilakukan penuntut di situ memandangkan tiada pihak luar dikesan masuk ke kawasan asrama pada awal pagi terbabit.

“Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan berharap semua penuntut lebih berhati-hati selepas ini memandangkan terdapat kes curi di kawasan asrama tersebut,” katanya.

Johari berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara selama 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

..................................................................................................................................................................

Kejadian yang paling tak ku sangke sangke jadi. haha. saat paling best , polis tu interview aku kott. kehkehkeh. kau hade? dengan rase senang hati aku menceritekan detik detik yang mencemaskan tu dekat incikk poliss. huhu. 

1st kene jadi saksi . 2nd dapat buat spotcek kat kamsis laki yang bermacam rupe tu . 3rd ditemu bual dengan incikk poliss. wahaha. 4th kes nie sampai masuk akhbar hariann. lagi tak sangke. kuikuikui.

Tapi naseb baekk lah tak jadi kat aku kes nie. mintak sangat sangat di jauhkann. cukup lah  dibuat peringatann jerr supaye lebih berhati hati lepas nie. 

pade yang menjadi mangse , harap banyak banyak bersabar. semue perkara yang jadi ada hikmahnye. semoge Allah turunkan balasan kepada pihak yang dah berjaye melarikan barang barang kepunyaan orang tu. :D

No comments:

Post a Comment