''Jangan
memberi harapan pada setiap perkara yang belum pasti, kelak ada insan yang
bakal dilukai ,Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti
kecewa diri sendiri, sebaliknya, gantunglah segenap harapan kepada ''YANG
MAHA MEMBERI'', nescaya dirimu tidak sesekali dizalimi, kerana للّهُ" mendengar pengharapanmu setiap kali dan للّهُ" menunaikannya dengan cara-NYA tersendiri
sehingga keindahan itu datang pada waktunya..."
Carilah hikmah dalam setiap
ketentuan TUHAN,
supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
Setiap yang payah pasti ada
KESENANGAN.
Dan setiap kesabaran pasti ada
GANJARAN.
Jika sesuatu itu ditakdirkan
untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
Namun, jika ia ditakdirkan bukan
untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.
Sahabat,
Sekuat mana pun godaan yang kita
hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun
kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan
pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi.
Kerana apa…?
Kerana harapan adalah masa
hadapan…Kerana harapan adalah sumber kekuatan.
Kerana apa…?
Kerana doa adalah pintu
kebaikan…Dan kerana doa adalah senjata orang beriman.
Sahabat,
Tenang-tenangkanlah dirimu.
Belajar-belajarlah pasrah dan
redho atas segala ketentuanNya.
Sedarlah diri kita hanya insan
kerdil yang lemah tidak berdaya.
Dari Allah kita datang, dan
kepada Allah jualah kita kembali.
Sabarlah dengan ujian hidupmu.
Kerana akhirat itu yang lebih
utama.


No comments:
Post a Comment