BOLEHKAH TERIMA HADIAH DARIPADA LELAKI YANG BUKAN MAHRAM???
Al-Quran ada menceritakan kisah pemberian hadiah oleh Raja Balqis kepada Nabi Sulaiman a.s sebagaimana firman Allah di dalam surah An-Naml, ayat 35 - 36;
وَإِنِّي مُرْسِلَةٌ إِلَيْهِم بِهَدِيَّةٍ فَنَاظِرَةٌ بِمَ يَرْجِعُ الْمُرْسَلُونَ
"Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita".
فَلَمَّا جَاء سُلَيْمَانَ قَالَ أَتُمِدُّونَنِ بِمَالٍ فَمَا آتَانِيَ اللَّهُ خَيْرٌ مِّمَّا آتَاكُم بَلْ أَنتُم بِهَدِيَّتِكُمْ تَفْرَحُونَ
Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).
Hadis yang berkaitan dengan galakan supaya saling memberi hadiah;
وقال (صلى الله علية وسلم) "تهادوا تحابوا
bermaksud: Sabda Rasulullah SAW: Saling memberi hadiahlah antara kamu, nescaya kamu akan berkasih sayang.
Hadis Rasulallah SAW yang mengingatkan kita agar tidak meremehkan pemberian hadiah daripada orang lain;
عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "يا نساء المسلمات، لا تحقرن جارة لجارتها ولو فرسن شاة
bermaksud :Wahai para wanita muslimah, janganlah ada seorang tetangga yag meremehkan hadiah tetangganya meskipun sekadar kaki kambing. (H.R. Bukhari-Muslim)
Penjelasan terhadap beberapa persoalan;
Bolehkah pemberian hadiah ditolak ? Jawabnya boleh dalam keadaan dimana pemberi hadiah diketahui mempunyai tujuan tidak baik seperti untuk merasuah, bersubahat dalam penipuan dan sebagainya.
Apakah asas pertimbangan bagi seseorang muslim sama ada lelaki atau wanita dalam menerima atau menolak sesuatu hadiah?
Diantara asas pertimbangannya ialah, jika sesuatu hadiah itu diberikan kepada seseorang, apakah manfaat daripada pemberian itu lebih besar ataupun keburukannya lebih besar. Jika manfaatnya lebih besar, maka bolehlah diberi. Jika keburukannya lebih besar, maka eloklah tidak diberikan. Begitu juga dalam konteks penerimaan hadiah, jika manfaat dari penerimaan itu lebih besar, maka bolehlah diterima, tetapi jika keburukan yang lebih besar, maka tolaklah ia. Ini berdasarkan kepada kaedah fekah: Menolak kemudharatan hendaklah didahulukan daripada menarik manfaat.
Disimpulkan bahawa Hukum Perempuan Terima Barang atau Hadiah Drpd Lelaki hendaklah dibuat berasaskan pertimbangan kebaikan dan keburukan jika barang/hadiah itu diterima dan ditolak.
Contohnya yang diberikan di atas, lelaki itu memberikan buku-buku agama, mungkin tujuan untuk mendidik,berdakwah tetapi dia tidak mampu untuk menyampaikan secara lisan, maka diberikan buku-buku agama. Manafaatnya boleh mendapat ilmu, maka terimalah hadiah itu.
Dan lihat kondisi ini:
Jika lelaki itu ,seorang suami orang , memberi hadiah kepada isteri orang, walaupun buku agama, lebih baik ditolak kerana kemungkinan besar menimbulkan fitnah dan bersangka-sangka kepada banyak pihak.
Jika lelaki itu seorang bujang dan menyukai seorang gadis, mungkin ada hasrat untuk memperisterikan, maka terimalah buku itu kerana mungkin dia mahu bakal isterinya mendalami bidang agama.
wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment